Para ibu bapa yang dihormati sekalian,
Adakah anda sedar tentang semua itu?
Kini setelah melalui inovasi, anda tidak perlu bersusah payah menggunakan lampin kain yang perlu dilipat dan menggunakan pin besar untuk memakainya.
Lampin kain kini direka moden, bergaya,selesa dan sangat mudah digunakan untuk anak anda.
" Tahukah anda bahawa ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakai buang?
Dan tahukah juga anda bahawa lampin pakai buang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "
Kini setelah melalui inovasi, anda tidak perlu bersusah payah menggunakan lampin kain yang perlu dilipat dan menggunakan pin besar untuk memakainya.
Lampin kain kini direka moden, bergaya,selesa dan sangat mudah digunakan untuk anak anda.
Apa keistimewaannya?
Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan?
Anda masih sangsi dengan kelebihan lampin kain ini? Ooops...nanti dulu kerana saya belum habis lagi! Bukan itu saja, malah saya dapati......
Ramai yang kata satu keping CD ni mahal sangat jika dibandingkan dengan lampin pakai buang.Kalau beli lampin pakai buang dah dapat banyak dengan harga yang sama.Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga mencapai umur 2 tahun malah ada sehingga umur 3 tahun.
Jom kita buat pengiraan sikit..
Katakan anak anda guna 7 keping lampin pakai buang (DD) sehari
Sekeping DD berharga RM0.50 (secara purata)
RM0.50 x 7pcs = RM3.50 sehari
RM3.50 x 365 hari = RM1,277.50 setahun
RM1,277.50 x 3 tahun = RM3,832.50
TAPI kalau guna Cloth Diapers, kosnya Cuma:
RM35 (Babyland CD)
Kalau beli 10 keping (jumlah minimum penggunaan sehari)
RM35 x 10 keping sehari = RM350
Kos sebanyak itu cuma untuk 3 tahun..dan ia boleh diwarisi oleh anak-anak yang lain pula.
Kos sebanyak itu cuma untuk 3 tahun..dan ia boleh diwarisi oleh anak-anak yang lain pula.
Berapa banyak yang anda boleh jimat?? hampir RM3,482.50..dan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk perkara yang lain pula..
Rekaan yang sungguh unik dan moden !
Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.
Warna -warna yang memikat !
Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.
Tak mudah bocor !
Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.
No comments:
Post a Comment