CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Assalamualaikum & salam hormat buat semua pelanggan & pengunjung D'Rayyan Haus,

1. semua item yg dijual di sini adalah 'ready stock' kecuali dinyatakan.

2. Tempoh booking 2 HARI (48jam). Jika tiada pembayaran di buat dlm tempoh tersebut, item akan di buka untuk org lain yang berminat KECUALI ada perjanjian melalui email/sms..

3. Atas permintaan, kami mengalu-alukan pembelian secara MIX WHOLESALE (tertakluk kepada MOQ dan item mestilah dlm 1 kategori yg sama)

4. Sila check SPAM BOX anda jika tidak mendapat maklum balas dari kami.Kami cuba utk membalas email anda secepat mungkin.Anda boleh SMS 016-3116707 untuk respon order yang cepat.

'FOR SERIOUS BUYER ONLY!'

Item akan di tambah dari masa ke semasa..sila klik pada older post utk item2 terdahulu..kunjungilah blog kami selalu!!

thank you for all your support & happy shopping

Our New Shop..Baju Bundle Kanak-kanak

Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

Carter's jumper

Sub Marine

Harga : RM22

WHOLESALES :
MOQ : 2pcs @ RM18/pc = RM36




Available Size:

3m (1pc)
6m (1pc)



Monday, June 7, 2010

Baby Knee protector pads

Baby knee protector Pads

  • Sangat sesuai untuk bayi yg baru belajar merangkak & berjalan.
  • juga sesuai untuk digayakan pada bila2 masa sebagai 'warmer'
  • menjaga bahagian lutut supaya tidak terkena pada benda yang kasar dan menyebabkan kecederaan..

material: cotton + lycra
saiz : 12 cm x 8cm


Harga:

RM7.00 sepasang
Beli 2 pasang @ RM12.00
kos pos percuma!! (normal pos)




status stok/design :

 all out of stock..no restock



Friday, June 4, 2010

Washable Diaper liners

All sold out


Produk baru di pasaran!!

Perhatian: liner ini adalah dari jenis anti-pill fleece bukannya cotton flannel..harga yg ditawarkan sgt berpatutan untuk fabrik jenis fleece ini..fleece sgt sesuai untuk memastikan  kulit bayi sentiasa kering dan selesa.harap maklum!!


2nd batch washable diaper liners in d house!!




Pink Dotted - sold out



1. Rainbow stripe - 1pcs
2. Green monsters - 2pcs
3. Monkey in green - sold out




4. Green frog in purple - sold out
5. Zoo Animals - sold out
6. ABC cars - 1pcs






7. Jungle Animals - sold out
8. Smarties Spot - 8pcs
9. Hawaii surfboard in lime - 2pcs left




RM14/pc  - new customer
Harga promosi
RM12/pc  sahaja!! 

RM11/pc utk belian 3pcs
RM10/pc utk belian 5pcs & above

Percuma kos pos (normal pos)





1st batch - all sold out!!


1. Zirafah SOLD OUT
2. Smarties Spot SOLD OUT
3. Frog (2pcs), SOLD OUT
4. Leopard SOLD OUT
5. ABC Cars SOLD OUT




6. Jungle Animals SOLD OUT
7. Hawaii Surfboard in lime SOLD OUT
8. Multicolour Seahorses SOLD OUT
9. Tiger skin SOLD OUT
10. Animal in ship SOLD OUT


Diapers liner adalah lapik lampin yg sama fungsinya seperti nappy liner tetapi ianya boleh dibasuh dan diguna semula..

kelebihan washable diaper liners


Melindungi diapers dari cecair dan kotoran yang sukar untuk dihilangkan terutama apabila bayi anda membuang air besar

Membantu agar bayi anda terasa lebih kering sewaktu memakai cloth diapers - dengan ini ruam lampin yang dideritai oleh bayi anda akan sembuh dengan lebih cepat

Pelbagai kegunaan - selain dari digunakan bersama cloth diapers, liners ini juga boleh digunakan bersama lampin pakai buang

Melapis dan melindungi kulit bayi dari bersentuhan secara langsung dengan bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang 

Membantu mengurangkan jumlah penggunaan cloth diapers dan juga lampin pakai buang - liners amat berguna bagi bayi yang baru lahir (newborn) yang kerap buang air besar tetapi dalam jumlah yang sedikit.Anda hanya perlu menukar liners sahaja setiap kali bayi buang air besar dan tidak perlu menukar keseluruhan cloth diapers atau lampin pakai buang dengan lebih kerap. Liners ini juga sangat sesuai digunakan sewaktu bayi anda sedang mengalami masalah cirit birit yang memerlukan penukaran lampin dilakukan dengan lebih kerap.

Menjimatkan wang anda - kerana ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali berbanding dengan liners pakai buang yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Dalam erti kata lain, pelaburan anda bagi washable liners ini hanya sekali saja. Bukan itu saja, penggunaan washable liners ini juga boleh membantu mengurangkan jumlah penggunaan lampin bagi mereka yang masih menggunakan lampin pakai buang

Bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan - washable liners ini dibuat dari kain yang tahan lasak tetapi lembut kepada kulit dan tidak mengandung bahan kimia. Oleh itu ia selamat digunakan dan tidak memberikan kesan sampingan kepada bayi anda


Corak yang cantik, berwarna warni dan pelbagai pilihan - saya pasti bukan sahaja anda, tetapi bayi anda juga turut tertarik dengan corak dan warna washable liners ini. Dengan ini ia akan membantu dan memudahkan anda untuk memakaikan lampin pada bayi anda

Bentuk liners seperti gelas dan lebih kecil dibahagian tengah - dengan ini ia tidak mudah terlipat dan beralih selepas diletakkan diatas diapers.

Saiz liners yang lebar dan panjang (Lebar 5 inci di bahagian depan dan belakang dan panjang 13 inci) - cukup untuk menutup keseluruhan permukaan atas poket diapers dan mengelakkan diapers dari kotor

Mudah untuk dibasuh dan dicuci - kerana ia boleh dibasuh dengan tangan dan juga dengan mesin basuh. Selain dari itu, ia juka boleh dimasukkan dibahagian spin dalam mesin basuh bagi tujuan pengeringan yang lebih cepat

Mudah untuk dikeringkan - kerana washable liners ini dibuat dari sejenis kain yang nipis agar mudah untuk dikeringkan

Oleh kerana liners ini berfungsi sebagai pelapik, ia boleh juga digunakan untuk melapik diapers terutama apabila anda kekurangan diapers. Apa yang perlu anda tukar cuma insert sahaja, lapiskan dengan liners di bahagian atas poket diapers dan anda boleh gunakan diapers yang sama kembali.

Mesra alam sekitar - kerana ia boleh dibasuh dan digunakan kembali. Dengan itu ia membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang setiap hari.

Selain untuk kegunaan sendiri, ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk teman-teman anda yang baru menimang cahaya mata


Cara guna Diaper liners


 Liners yang diletakkan di atas cloth diapers




Liner juga boleh diletakkan di atas lampin pakai buang anak anda..



RM14/pc - new customer
Harga promosi
RM12/pc sahaja!!

RM11/pc utk belian 3pcs
RM10/pc utk belian 5pcs & above
Percuma kos pos (normal pos)


My personal comment : Diapers liner ni sangat praktikal utk. menyerap cecair dan saya dapati liner masih kering walaupun lampin kain /lampin pakai buang dah basah.liner pun tak terlipat atau bergerak dari kedudukan asal sebab kainnya seakan-akan melekat apabila diletakkan di atas lampin.cubalah dulu baru tau!!

Thursday, May 27, 2010

Babyland CD



salam semua,

Stok baru kali ini ada perubahan dari segi warna dan fabrik PUL yang lebih stretchy, tebal dan tahan lasak.Warna lebih 'soft' dan menarik..Stok sudah sampai..Boleh dapatkan segera !!


Now Available 



HELLO KITTY    
sold out




New colour & fabric

Babyland Plain (green,blue,purple,pink,orange,red,yellow)




Babyland cd stok baru ini ada perubahan ie extra 2 button di peha untuk mengelakkan kebocoran cd di bahagian tepi.



Harga masih sama RM29/pc + 2 insert.


Belian 20pcs ke atas layak mendapat harga borong..



Untuk Belian / pertanyaan sila hubungi:


Pn.Asni Selamat
Tel : 016-3116707
E : asniselamat@gmail.com
YM: asnie06
Facebook : D'Rayyan Haus

Sunday, May 16, 2010

Busha Socks Anti-Slip

Salam hormat buat pelanggan semua,

Produk terbaru D'rayyan..

BUSHA SOCKS ANTI-SLIP 

pelbagai design yg sangat menarik dan comel utk anak anda..
anggaran ukuran tapak : pjg 12cm x lebar 6cm

RM10.00 sahaja!!




a,b,c,e - sold out
d - 1pcs



f,g,h,i,j - sold out




Thursday, January 28, 2010

Microfiber Insert

3 layer microfibre insert kini boleh didapati di sini.Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.Cepat sementara stok masih ada. 
 

1pc insert RM8/pc 
 3pcs insert RM7/pc 
 5pcs dan ke atas hanya RM6/pc 

available now!!


Tuesday, December 15, 2009

Promosi Pembukaan D'Rayyan Haus


JUALAN MURAH....
Promosi sah sehingga 16 Januari 2010


Tempoh promosi dilanjutkan sehingga 31 Januari 2010..


Atas permintaan dan respon positif daripada pelanggan, kami telah bersetuju untuk menetapkan harga RM29/pc (termasuk 2 insert) sehingga diberitahu kemudian.Anda juga berhak untuk menerima harga borong yang jauh lebih murah sekiranya membeli pada kuantiti yang ditetapkan oleh pihak kami. Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin menambahkan pendapatan dengan menjual Cloth diapers.Harap maklum. 


Sila hubungi kami: 

Pn.Asni Selamat 
+60163116707
asniselamat@gmail.com



Semua jenis Babyland Cloth Diapers dijual pada harga yang sama!!



N.P
RM35/Pc
Now
RM29/pc
(with 2 inserts)


Babyland plain
Stock Available Colour : green,blue,purple,pink,orange,red,yellow







Babyland Cartoon
Stock Available: spongebob and blue monkey. 






Babyland Swirly
Stock Available : Pink Swirly




 
Ciri-Ciri Istimewa Babyland Cloth Diapers

  • bahagian luar PUL yang kalis air (waterproof)
  • bahagian dalam ialah microfleece yang membuatkan bayi sentiasa kering dan selesa
  • insert yang terdiri daripada 3 lapisan microfiber untuk menyerap air kencing bayi.
  • Sesuai untuk berat bayi dari 3-13kg
  • Boleh ‘adjust’ saiz S,M dan L



Jika berminat, sms/email detail order ke:-

H/P no : +60163116707
email : asniselamat@gmail.com
YM : asnie06

Sunday, December 13, 2009

Contoh Jadual Penggunaan Cloth Diapers Harian

Jadual penggunaan CD harian ni sekadar contoh berdasarkan pengalaman ibu bapa yang telah menggunakan CD. Ia bergantung kepada tahap kebasahan CD. Kalau anak anda kerap kencing dengan banyak, jadi CD dan insert perlulah ditukar dengan kerap untuk mengelakkan ruam.

 
Masa Penggunaan Cloth Diapers
6 pagi - 9 pagi 1 CD dengan 1 insert
9 pagi - 12 tghari 1 CD dengan 1 insert
12 tghari - 3 ptg 1 CD dengan 1 insert
3 ptg - 6 ptg 1 CD dengan 1 insert
6 ptg - 9 mlm 1 CD dengan 1 insert
9 mlm - 12 mlm 1 CD dengan 1 insert
12 mlm - 6 pagi 1 CD dengan 2 insert
Jumlah Penggunaan Sehari 7 pocket CD, 8 insert

Saturday, December 12, 2009

Cara-cara membasuh Cloth Diapers

Apa yang perlu anda lakukan  setelah membeli cloth diaper?


Penggunaan kali pertama
  1. Lakukan prewash sekurang-kurangnya 3 kali basuhan.Ulang langkah kedua dan ketiga dibawah.
  2. Sebaiknya rendam dalam air suam selama 2-3 jam utuk meningkatkan daya serapan insert
  3. Bilas,spin dan jemur di bawah cahaya matahari. 


Basuhan biasa (penggunaan harian)
  1. Keluarkan insert dari pocket CD.
  2. Buang segala stool ke dalam mangkuk tandas terlebih dahulu sebelum dibasuh.
  3. Pancutkan dengan air yang deras bagi menanggalkan kesan poo pada bahagian fleece.
  4. Bilas CD dan insert yang terkena pee.
  5. masukkan sedikit sabun yang tidak mengandungi pelembut,pewangi @ peluntur. (digalakkan menggunakan sabun yang hanya sesuai untuk lampin bayi sahaja)
  6. Basuh seperti biasa samada menggunakan mesin basuh / basuhan tangan.
  7. Sebaiknya masukkan CD ke dalam laundry net (untuk mesin basuh) untuk menjaga jangka hayat CD anda.
  8. Sidai CD anda di bawah sinar matahari.Pastikan bahagian dalam menghadap cahaya bagi memelihara warna CD agar tidak cepat lusuh.
 
Teknik basuhan (bagi insert yang sudah nampak kekuningan)
  • Rendam insert dalam air panas selama 2-3 jam
  • Atau perahkan sedikit air limau nipis dan biarkan seketika
  • Atau letak sedikit soda bicarbonate yang dicampur dalam air semasa membasuh. 


Teknik ‘Stripping’ (bagi Cloth Diapers yang sudah kurang daya serap)
  • Guna sabun pencuci pinggan yang mempunyai kuasa untuk menanggalkan minyak.
  • Basuh di bahagian dalam dan luar microfleece bagi menghilangkan mendapan sabun dan kotoran-kotoran halus.
  • Teknik 'stripping' CD boleh dilakukan sebulan sekali.
 

Nota Peringatan
  1. Jangan gunakan berus untuk menghilangkan kotoran pada CD anda.
  2. Jangan gunakan ‘softener’ atau ‘bleech’.
  3. Jangan gosok CD atau insert anda.

Thursday, December 10, 2009

Cara-cara menggunakan Cloth diapers


1. Masukkan insert ke dalam pocket CD.
Bahagian dalam pocket CD
 
Insert yang telah dimasukkan ke dalam pocket CD tersebut  
(1 insert boleh tahan sehingga 3-4 jam.Sekiranya pada waktu malam, disyorkan menggunakan 2 insert (tahan sehingga 6-7jam) untuk menyerap lebih banyak kebasahan)  
 
2. Pastikan insert dimasukkan hingga ke hujung CD supaya dapat mengelakkan kebocoran CD
 
 
3. 'Adjust' saiz butang katup mengikut saiz bayi anda.
 
Saiz S - butangkan barisan butang yang pertama (dari bawah) ke barisan butang ke-3        
Saiz M –butangkan barisan butang ke-2 (dari bawah) ke barisan butang ke-3
Saiz L - Tidak perlu dibutangkan 
4. Butangkan bahagian atas mengikut keselesaan bahagian pinggang bayi anda.    
 
Sangat mudah kan..jimat masa dan poket anda…

Tuesday, December 8, 2009

Kenapa Ibu Bapa Perlu Menggunakan ‘Cloth Diapers’


 Para ibu bapa yang dihormati sekalian,

" Tahukah anda bahawa ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakai buang?

Dan tahukah juga anda bahawa lampin pakai buang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "

Adakah anda sedar tentang  semua itu?

Kini setelah melalui inovasi, anda tidak perlu bersusah payah menggunakan lampin kain yang perlu dilipat dan menggunakan pin besar untuk memakainya.
Lampin kain kini direka moden, bergaya,selesa dan sangat mudah digunakan untuk anak anda.

Apa keistimewaannya?

Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
 


Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.

 
Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
 

Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan?
Anda masih sangsi dengan kelebihan lampin kain ini? Ooops...nanti dulu kerana saya belum habis lagi!  


Bukan itu saja, malah saya dapati......

Ia amat menjimatkan wang anda !
 
    Ramai yang kata satu keping CD ni mahal sangat jika dibandingkan dengan lampin pakai buang.Kalau beli lampin pakai buang dah dapat banyak dengan harga yang sama.Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga mencapai umur 2 tahun malah ada sehingga umur 3 tahun.

    Jom kita buat pengiraan sikit..

    Katakan anak anda guna 7 keping lampin pakai buang (DD) sehari
    Sekeping DD berharga RM0.50 (secara purata)

    RM0.50 x 7pcs = RM3.50 sehari
    RM3.50 x 365 hari = RM1,277.50 setahun
    RM1,277.50 x 3 tahun = RM3,832.50

    Kos tu hanya untuk seorang anak sahaja.Cuba bayangkan kalau anak ramai..:)
    TAPI kalau guna Cloth Diapers, kosnya Cuma:

    RM35 (Babyland CD)
    Kalau beli 10 keping (jumlah minimum penggunaan sehari)
    RM35 x 10 keping sehari = RM350 
    Kos sebanyak itu cuma untuk 3 tahun..dan ia boleh diwarisi oleh anak-anak yang lain pula.


    Berapa banyak yang anda boleh jimat?? hampir RM3,482.50..dan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk perkara yang lain pula..



    Rekaan yang sungguh unik dan moden !
    Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya.
     

    Warna -warna yang memikat !
    Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu.
      

    Tak mudah bocor !
    Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.



        Related Posts with Thumbnails

        ORDER FORM

        Nama Penuh:
        Alamat Email:
        No.Telefon:
        Alamat Penghantaran:
        ITEM:
        Detail order (kuantiti/size/warna/kod item)
        Cara pembayaran
        Kaedah Penghantaran: Pos Laju E-Parcel Cash on delivery (selected area only)
        Saya bersetuju dengan T&C pembelian D'Rayyan Haus. Setuju
        Get your own free form like this one.

        Pelawat setia

        FEEDJIT Live Traffic Feed